SISTEM KARDIOVASKULAR
Sistem
kardiovaskular adalah salah satu 59utrie biologi yang menyokong 59 utrie-sistem
lain badan untuk berfungsi dengan berkesan. Sistem ini berperanan mengangkut
oksigen, 59utrient,
59utrien-hormon dan keperluan lain badan kepada sel-sel terlibat dan membawa keluar
sisa-sisa metabolisme untuk dikumuh.
Bahagian-bahagian
Utama Sistem Kardiovaskular
Tiga bahagian utama 59 utrie Kardiovaskular ialah
jantung, darah dan salur darah. Jantung adalah organ yang berperanan mengepam darah
ke seluruh tubuh bagi membekalkan oksigen.
Saiz jantung adalah sebesar penumbuk orang dewasa. Berat organ ini
adalah kurang daripada 600 gram. Sturktur jantung terdiri daripada empat ruang
iaitu atrium
kanan, atrium kiri, ventrikal kanan dan ventrikal kiri. Rajah di bawah
menunjukkan posisi struktur pada jantung.
Darah adalah tisu cecair yang terdiri daripada
pelbagai jenis sel termasuk eritrosit, leukosis dan platlet yang terkandung di
dalam plasma. Isipadu darah terdiri
daripada 55% plasma dan 45% eritrosit. Darah membentuk anggaran 7% daripada berat
tubuh orang dewasa normal.
Orang dewasa yang mempunyai berat badan 70kg, biasanya mempunyai kira-kira 5 hingga
6 liter darah dalam system biologinya.
Salur
darah pula terdiri daripada arteri, vena dan kapilari. Salur darah ini membolehkan darah
mengalir dan melengkapi perederan darah daripada jantung ke tisu dan kembali semula
ke jantung.
Saiz jantung
•
Saiz jantung adalah sebesar penumbuk orang dewasa.
•
Berat organ ini adalah kurang daripada 600 gram.
•
Struktur jantung terdiri daripada empat ruang iaitu atrium kanan, atrium kiri,
ventrikal
Kanan dan ventrikal kiri.
Fungsi Sistem Kardiovaskular
Sistem kardiovaskular berfungsi membantu membekalkan
oksigen dan mengankut bahan kumuh seperti karbon dioksida daripada darah.
Proses peredaran darah mengangkut oksigen
daripada paru-paru ke sel-sel tisu badan dan mengeluarkan karbon dioksida daripada sel-sel tisu ke paru-paru berlaku
secara sistematik. Semasa inspirasi, udara yang mengandungi oksigen dibawa
masuk ke paru-paru melalui salur
pernafasan. Gas oksigen ini disimpan sementara dalam alveolus. Jantung akan mengepam darah kurang oksigen ke
paru-paru. Gas-gas oksigen dan karbon dioksida meresap merentasi membrane alveolus dan meresap ke dalam darah
melalui kapilarikapilari. Karbon
dioksida dihembus keluar daripada paru-paru melalui salur pernafasan.
Oksigen
yang merentasi membran alveolus dan kapilari seterusnya meresap ke dalam darah.
Darah beroksigen kemudian diangkut ke jantung dan dipam melalui arteri untuk
diagihkan kepada sel-sel tisu lain.
STRUKTUR DAN FUNGSI JANTUNG
Jantung
terbina daripada otot-otot jantung atau miokardium yang diliputi oleh
epikardium dipermukaan luar dan endokardium di bahagian dalam. Dua ruang di
atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan kedua-dua ruang
ini dipisahkan antara satu sama lain
oleh struktur yang dikenali sebagai septum interatrial. Dinding otot yang
membentuk dua ruang
bawah ialah ventrikal. Dinding otot ventrikal adalah lebih tebal berbanding
atrium.
Fungsi
septum interventrikel terdapat antara kedua-dua ventrikal tersebut, injap-injap
yang terletak antara atrium dan ventrikal, serta pada arteri-arteri yang hanya boleh
membenarkan pengaliran darah berlaku pada satu arah sahaja. Injap
atrioventrikular (yang terdiri daripada injap-injap bicuspid dan tricuspid) membenarkan
aliran darah daripada atrium ke ventrikel. Injap semilunar pulmonary dan injap
semilunar aortic pula menghalang aliran darah ke belakang iaitu darah yang
keluar daripada jantung menerusi arteri pulmonary dan aorta. Keadaan injab
terbuka membolehkan darah mengalir masuk dari atrium ke ventrikal.Keadaan injap
tertutup pula membolehkan darah terhalang dari mengalir ke belakang.
Mekanisme
pembukaan dan penutupan injap atriovantrikular
Keluaran
jantung
Keluaran jantung didefinisikan sebagai jumlah isi
pasu darah yang dipam keluar oleh ventrikal kiri dalam masa satu minit keluaran
jantung dapat diukur dengan menggunakan rumus
berikut:al kiri. Kadar denyutan jantung merujuk kepada kekerapan penguncupan
jantung dalam satu minit. Tindakan sistem saraf automatic berfungsi mengawal
kadar denyutan ini. Kadar denyutan jantung kita berbeza mengikut faktor
perbezaan individu seperti umur dan mengawal amalan gaya hidup. Kadar denyutan
jantung rehat individu yang mengamalkan gaya hidup aktif adalah lebih rendah
berbanding individu sedentari. Kadar denyutan jantung rehat ini boleh diperolehi
dengan mengira bilangan kadar nadi seminit di srteri karotif atau arteri radial semasa
kita bangun daripada tidur. Tujuan pergiraan kadar nadi rehat ini adalah untuk menilai
tahap kecergasan kardiovaskular kita. Jumlah kadar nadi yang rendah dalam
seminit menggambarkan
tahap kecergasan yang lebih tinggi. Teknik mengambil kadar nadi ini boleh dilakukan
seperti berikut:
- · Letakkan jari telunjuk di arteri carotid atau arteri radial
- · Catatkan bilangan kadar nadi untuk tempoh 10 saat.
- · Denyutan yang pertama dikira sebagai sifar
- · Darabkan jumlah dengan enam. Jumlah hasil
- · darab ini ialah kadar nadi rehat
Teknik
mengambil kadar nadi
Isipadu pada strok ialah jumlah darah yang dipam
oleh ventrikel kiri. Isi padu ini disukat dalam unit liter / denyutan. Posisi
anggota turut mempengaruhi isi padu strok. Isi padu strok adalah
lebih tinggi jika kita dalam keadaan berbaring, berbanding dalam keadaan
berdiri. Perbezaan
ini berkaitan dengan kesan graviti yang bertindak ke atas sistem kardiovaskular manusia.
No comments:
Post a Comment