TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PULAU LANGKAWI
Untuk
review yang pertama ni saya nak berkongsi tempat-tempat menarik di Langkawi
untuk panduan anda. Pulau Langkawi merupakan antara tempat yang menarik untuk
dilawati. Rugi rasanya jika anda tak memilih Langkawi sebagai destinasi
percutian anda musim cuti sekolah ni. Kepada yang belum merancang percutian
masih sempat lagi untuk membawa anak-anak bercuti. Cuti sekolah sebegini lah
waktu yang paling sesuai untuk membawa ank-anak bercuti. Jika ada duit lebih
apasalahnya pergi melancong,bukannya selalu. Lagipun dapat juga lari dari
stress di tempat kerja. Berikut adalah diantara destinasi pelancongan yang menarik di Langkawi. Jom tengok.
Tanjung
Rhu Langkawi
Tanjung
Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana
terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya .Pemandangan yang indah di sepanjang
pantainya pasti memukau setiap mata yang memandang .
Perjalanan
singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita
yang menyimpan pelbagai cerita misteri,terdapat tulisan kuno yang masih belum
dapat di tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding -dinding gua
tersebut.
Pantai-pantai
di Langkawi
Pantai
Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau.Pantai-pantai ini menawarkan suasana
perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah dan chalet juga di sediakan
untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak ,pelbagai kegiatan
yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula ,pelbagai
juadah yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera
untuk dinikmati.
Tasik
Dayang Bunting
Tasik
Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh
tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit
bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah
sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan
melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng
masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayangan yang
mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di
lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di
tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu
,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi
ditasik tersebut . Ada orang kat opis saya dulu pernah cuba dan menjadi, mungkin
tu secara kebetulan je. Apa-apa pun apa yang kita hajati perlulah diminta pada
Allah swt.
Taman
Laut Pulau Payar Langkawi
Taman
Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka,kira-kira 19 batu
nautika ke selatan Pulau Langkawi .Taman laut ini terdiri daripada Pulau
Payar,Pulau Lembu,Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu
karang . Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan
.Sesuai untuk aktiviti 'snorkling',menyelam dan berenang .Ada beberapa pantai
pasir yang sesuai untuk berkelah ,tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan
tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat
mengenai aman laut ini .Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan
katamaran atau bot laju .Perjalan mengambil masa kira-kira 45minit.
Pekan
Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong
berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama 'Kuah' ini berasal
dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang
mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa
tersebut ,tempat ini diberi nama 'Kuah'.Dahulunya ,Kuah hanya merupakan sebuah
pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan
pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk
bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat membeli-belah bebas cukai
dengan pelbagai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini
menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut.
Makam
Mahsuri Langkawi
Makam
Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam peringatan
ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan
perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan
sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri
setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas
Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh
generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan
sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .
Kampung
Air Hangat
Kampung
Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah
.Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural
dari batu sungai sepanjang 18 meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut
.Demontrasi kraft tangan tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari
.Para pelawat yang meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual
kraftangan tradisional yang terdapat disini..
Langkawi
Anna & The King Gallery
Tempat
pengambaran filem yang indah dan mahal ini telah dibina oleh syarikat
perfileman 20th Century Fox pada tahun 1999 untuk pembikinan filem 'Anna and
The king'.Dibina keseluruhannya daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu
dari Malaysia dan luar negeri ,istana ini menyerupai istana tradisional
kerajaan Siam pada zaman silam .
Underwater
World Langkawi
Di
sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam
tangki kaca .Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang
menarik di Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam
lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah
ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru
seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15 meter telah
di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan
laut yang mempersona.
Dataran
Lang Langkawi
Dataran
Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor
Burung helang..
Menurut
Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama
pendek bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut
coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat
sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung
.Kedudukannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang
menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di
samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi .
Dataran
Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak
di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat
yang mengunjungi Langkawi .
Stakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan... ada masa nnti saya akan kongsikan lagi tempat2 mnarik di malaysia.... selamat bercuti......
No comments:
Post a Comment